#18

Lama juga tak kemaskini blog. Mungkin sudah hilang minat untuk menulis atau mungkin sudah berada dalam situasi saya dah kurang rajin berfikir tentang apa yang terjadi dalam kehidupan.

Alhamdulillah, saya masih disini dan menjalani alur cerita yang ditakdirkan dalam kehidupan. 

2024: Belajar - jaga kucing - luang masa dengan keluarga dan kawan

****

Sebenarnya, ada satu hal yang aku baru sedari sepanjang 2023 - 2024. Hal yang membuatkan aku berfikir apa Allah telah makbulkan doa ku yang tak seberapa ini.

Dalam situasi orang sekeliling aku sudah punya pekerjaan, keluarga dan kebahagian tetapi bukan aku dalam situasi tersebut. 

Adakah situasi itu cukup merungsingkan aku? Membebankan aku? 

Tidak ; bila persoalan itu timbul, aku hanya berkata - rezeki / jalan cerita kehidupan / usaha mereka sebagai jawapan.

Semudah itu ka, Aisyah?

Mungkin kalau tanya soalan itu 2/3 tahun lepas, Aisyah itu akan nangis, termenung, kurung dalam bilik dan hilangkan diri daripada sosial media.

Sekarang? 

Entah apa kerana umurku semakin matang atau kerana kuberasa diriku sudah kuat? 

Atau

sebenarnya doa yang aku amalkan sejak umur 15 tahun, Dia telah makbulkan.

'Ya Allah, Kau yakinkanlah aku dengan setiap qada' dan qadar yang Kau telah tetapkan dalam kehidupan aku.'

****

Jadi Aisyah,

Jangan pernah paksa diri agar semuanya berjalan sesuai kemahuanmu.

Jangan pernah paksa diri untuk gerak tanpa henti ke angkasa. 

Kau hanya perlu lalui proses itu dengan nyaman seadanya.

Kerana kau mempunyai garis masa tersendiri.

Perbaiki diri untuk menjadi hamba yang baik untukNya.

****

Terima kasih umi abah tokabab, maksu cikgu, abang Harith dan kakak Ain, abang Nabil dan kakak Wawa, Muaz, Huzai, Baby dan Hafiy, sahabat dan orang yang datang dalam kehidupan saya dalam tahun 2024. Moga yang baik-baik sahaja untuk kalian di tahun seterusnya ❤️

Comments

Popular Posts