#12

Aku ini.
Orang yang ingin terbang jauh.
Bertemankan bintang di atas, malam yang sepi, hujan yang menitik,
Di atas sana ingin aku pandang ke bawah,
Melihat perilaku orang yang aku sayang, adakah aku sahaja yang punya rasa sayang?

Aku ini.
Orang yang tak pernah puas.
Apa sahaja dimiliki, aku takkan pernah melepaskan dan mengalah,
Ingin sahaja aku teriak, aku juga punya itu.
Rasa itu bermain-main.
adakah aku sahaja yang ingin pertahankan semua itu?

Aku ini.
Orang yang punya hati.
Apa sahaja aku rasa, ia kukuh dalam hati dan takkan pernah pergi sebegitu sahaja.
Aku juga punya rasa ingin menyakitkan dan membiarkan ada rasa yang sama pada mereka.
Jiwa seakan dirasuk.
adakah aku sahaja yang cuba menjaga semua itu daripada tersakiti?

Sekali lagi,
Kecewa seperti dahan yang patah, daun kering yang berguguran, lautan semakin berombak,
Aku khuatir aku sudah tidak punya sudi untuk segala ini.
Maaf.

aisyahtul
0054
120719


Comments

Post a Comment

Popular Posts