#9
Bolehkah dia bercakap sejujur ombak hati ini,
dan bertanya: selama mana jiwa ini terus dilambak rasa itu?
rasa yang masih menghuni taman yang kelam ini
rasa yang patutnya ia pergi bertahun-tahun lamanya
rasa yang harusnya ditiupkan oleh angin untuk jauh terbangnya.
Bolehkah dia bertutur seyakin ribut hati ini,
dan bertanya: selama mana kau ingin membawa hati itu?
hati yang sentiasa lalai untukNya,
hati yang masih rapuh dengan lemahnya iman,
hati yang acah kali berkecai tanpa sedar kerna punya cinta ini.
Dalam diam kedengaran esakan kecil berbunyi,
basah lencun selimut merah yang membaluti jasad itu,
pintu dihempas dan esakan semakin nyaring.
Salahkah dia membina satu harapan yang tidak pasti?
Salahkah dia dalam tidak membuang kasih itu?
Salahkah dia menunggu kau kembali dengan satu kenyataan?
Salahkah dia mengeraskan hati untuk terima orang baru?
Pada saat kau mencarikkan impian itu,
Pada saat kau tidak tahu tentang adanya sayang itu,
Pada saat kau masih lagi dengan cita-cita itu,
Pada saat kau juga mungkin ada yang lain.
Dan ingin sahaja dia bertanya, APA SEBENARNYA KAU TAHU AKAN HAL ITU DALAM DIAM?

aisyahtul
0020
181018

Comments
Post a Comment