#8
saat ini,
detik ini,
aku masih belum mengerti,
apa itu sebuah harapan dan semangat,
kerna bagiku semuanya tampak gelap,
tiada sinar cahaya yang bisa mengisi kekosongan,
atau pada hakikatnya aku kurang pengharapan padaNya?
saat ini,
detik ini,
aku mengalah untuk pinta 1001 satu macam,
apa mungkin aku bisa mengapai?
kerna bagiku jiwaku seakan mati,
beribu lamanya,
atau pada hakikatnya aku sudah kecewa dengan yang dahulu?
saat ini,
detik ini,
semuanya kelihatan kosong dan gelap,
bukanlah seperti yang pernah diidamkan dahulu,
kerna bagiku semuanya tidak lagi bermakna,
tiada lagi jiwa-jiwa kental untuk berperang,
atau pada hakikatnya aku masih membenci diriku sehingga sekarang?
****
hakikatnya,
bisikan kecil hati ini,
sudah mula terubat,
dengan ketentuanNya,
kerna dia mula sedar,
dia tidak lagi memberontak seperti dahulu,
malahan seringkali senyuman terbit pada raut wajahnya,
kerna dia mula ngerti,
bahawa Dia, Allah Maha Esa melindunginya dan memberi kebahagian tiada akhirnya.
moga sahaja semangat dan harapan ini,
tersemat rapi dalam fikiran dan hati,
supaya ia menjadi sebuah kenyataan.
p/s: wish me luck in my degree
aisyahtul
1656
140918


Comments
Post a Comment