#6

Matahari itu menyinari kegelapan

Tiba-tiba mata mengalirkan air mata,
entah mengapa rasa kehidupan sukar untuk rasa bahagia,
entah mengapa rasa macam nak dibaling segala benda dihadapan mata,
entah mengapa rasa macam tiada semangat untuk teruskan nyawa ini.
GILA AGAKNYA!

Saat pagi ingin membuka tirai,
entah mengapa rasa seperti tidak mahu bangun dari lena,
entah mengapa sukarnya untuk berlawan dengan cabaran,
entah mengapa peritnya nak mendalami ilmu.
GILA AGAKNYA!

Saat malam mulai larut,
Suasana pun semakin sepi turut hati berasa hal yang sama,
entah mengapa diri diselebungi kesedihan yang berpanjangan,
entah mengapa ada sahaja rasa aku tidak layak untuk berada di dunia,
entah mengapa impian dan khayalan semakin terkubur.
GILA AGAKNYA!

" Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upaya  hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). " [84:6]

aisyahtul
2017
220218

Comments

Popular Posts