#3

Lagi berapa minit sahaja lagi hendak melangkah ke tahun baru, 2018. 
Alhamdulillah sekejap sahaja angka 18 hendak menutup tirai. Tup tap tup tap, umurku menginjak ke nombor 19. 

2017 punya memori yang sungguh masam manis. Tetapi mungkin manis lebihnya berbanding tahun-tahun sebelumnya. Siapa sangka wajah ini lebih kerap mengukir senyuman berbanding tahun-tahun lalu? Siapa sangka jiwa ini lebih siapkan keutuhan 'keinginan' untuk menuju masa depanku? Siapa sangka diri ini lebih mudah memulakan kata-kata berbanding menyepi tanpa bahasa suatu ketika dahulu? 

*12 tengah malam*

2017 juga ada pahit perianya. Tetapi aku juga malas kuungkitkan kerana biarlah angin terbangkan sejauh yang mungkin walaupun masih ada retak dan garis-garis kepedihan, tetapi aku percaya Allah bina cerita aku dengan seindahnya. 

Terima kasih buat semua yang hadir dalam kehidupan ini; yang masih setia atau yang sudah pergi, terima kasih buat umi dan abah yang banyak membangkitkan semangatku sewaktu aku kecewa dengan cita-cita yang kurobohkan. Terima kasih buat adik-beradik yang selalu menceriakan hari-hariku dengan gurau kasar dan sayang-menyayangi. Terima kasih buat guru-guru yang pernah mengajar aku dari kecil sehinggalah dewasa; yang aku masih pinta kekuatan untuk berjumpa dan mengucapkan terima kasih kerana malu dengan diri sendiri. Terima kasih buat sahabat; mereka yang sabar dengan karenahku yang acuh tak acuh, yang berikan kukekuatan untuk berjaya. Terima kasih buat hati ini yang sedaya upaya tepis segala perasaan yang cuba bikin hati ini terus menangis. 

Insya-Allah, doakan aku jadi hamba yang masih terus merangkak, berjalan dan berlari ke arah Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Doakan aku menjadi anak yang dapat berbakti kepada umi abah dan keluarga. Doakan aku menjadi manusia yang sentiasa menyenangkan orang disekelilingnya. Doakan aku menjadi seorang gadis yang baik hatinya, terukir senyuman, pembantu ummah dan tinggi budi bahasa. 

(AAMEN!)

Moga tahun 2018, Dia sentiasa memimpin kita kearahNya.

Sampai ketemu lagi.

aisyahtul
0019
010118

Comments

Post a Comment

Popular Posts