#2
Sekejap sahaja, sudah penghujung 2017. Sekejap sahaja, sudah setahun aku di dunia yang baru.
Sekejap sahaja, sudah 365 hari aku mencari identiti diri.
Sekejap sahaja, sudah 19 tahun umurku capai.
****
Alhamdulillah, aku mampu mengukir senyuman disini.
Walaupun dengan keadaan sekeliling yang baru, kawan yang baru, cerita yang baru, InsyaAllah aku masih bahagia disini.
Walau perit bagaimanapun dalam aku mengembara mencari ilmu di negeri orang, di sini aku juga mula mencantum serpihan diri ini yang telah berkecai sejak lima tahun dahulu.
Di sini juga, aku belajar untuk melupakan apa yang pernah aku rasa suatu ketika dulu. Tiga tahun yang penuh dengan teka-teki sehinggalah sekarang. Tetapi, aku cuba meletakkan ia jauh dari jiwa ini dan mengambil keputusan untuk campakkannya. Bohonglah jika ia tidak datang mengintai, tetapi aku percaya Allah akan datangkannya dalam sebuah kehidupan yang cantik susunannya.
Di sini juga, aku cuba menggapai apa yang telah aku rosakkan setahun yang lalu. Aku cuba ukirkan semula apa yang telah buatkan aku bawa diri setelah setahun yang lalu. Aku cuba berdiri untuk menyambar bintang di langit. Ya, itu susah dan pedih seperti ditusuk sembilu. Tetapi, aku percaya aku mampu untuk lakukan dengan izinNya.
Di sini juga, aku belajar untuk matangkan jiwa dan minda. Aku mula sedar, apalah sangat kejayaan dalam kehidupan aku kalau aku masih belum mampu jadi hamba yang patuh dan taat kepada perintahNya. Mana mungkin Allah beri kejayaan kepada ku jika apa yang diamanahkanNya aku permainkan dan persiakan. Jika suatu ketika dahulu aku berjaya tanpa sujud kepadaNya, sekarang aku perlu betulkan apa yang aku salah selama ini. Kenapa aku perlu salahkan Dia, jika ini semua berpunca daripada diri yang tidak kenang cinta Allah untuk hambaNya?
****
P/s: Mana bisa aku berhenti menulis?

aisyahtul
0221
181217

Comments
Post a Comment